NOW BOARDING

Tuesday, September 7, 2010

KeHidUPan MaNuSIA 100%

 pandangan bernama insan
 Kehidupan yang semakin pudar ibarat loreng yang lusuh apabila dipakai. Loreng mempunyai pelbagai corak dan tompok-tompok. Setiap loreng adalah berbeza dengan loreng yang lain. Setiap orang memiliki lorengnya sendiri dengan corak yang berbeza. Samalah dengan kehidupan, setiap kehidupan adalah berbeza dengan kehidupan yang lain. Semua orang mempunyai kehidupan yang berbeza, oleh itu terpulanglah kepada diri individu itu untuk mengharunginya. Kadangkala, kita perlu melihat kehidupan orang lain yang mungkin berbeza dengan kehidupan kita. Kesempurnaan, kebahagiaan, kegembiraan yang tiada dalam kehidupan kita mungkin ada dalam kehidupan orang yang kita kenali ataupun tidak. Sebenarnya ketidak sempurnaan yang kita alami dan kesempurnaan yang kita mahu yang ada pada seseorang itu yang kita anggap keempurnaan dalam diri kita adalah peneman diri kita sepanjang hayat kita. Kita harus sedar bahawa pasangan tercipta apabila kita saling memerlukan antara satu sama lain. Kekurangan dan kelebihan oleh kedua-dua pasangan perlulah seimbang. Ketidak seimbangan akan menyebabkan tiang pasangan yang dibina roboh semasa pembinaan rumah.