NOW BOARDING

Saturday, April 30, 2011

LOVEHUT : Merajuk atau Perhatian

Asalamualaikum,


Ini adalah ruangan baru yang akan membincangkan pasal love story kamu semua. Baiklah , pernah tidak kamu semua merajuk kerana sikap seseorang atau orang lain merajuk kerana sikap kamu? kalau diri kamu yang sedang merajuk , pernah kamu terfikir adakah wajar bagi kamu untuk merajuk atau kamu hanya inginkan perhatian yang lebih dari si dia. Sama jugalah kalau orang yang merajuk kerana kamu, mungkin dia hanya inginkan perhatian yang lebih dari kamu. 

 MERAJUK adalah reaksi seseorang itu apabila  mereka tidak diperlakukan seperti yang mereka inginkan , mereka tidak dilayan dengan betul atau mereka kecil hati dengan sikap atau perangai seseorang yang mereka percaya atau mereka berharap. Seseorang itu boleh juga merajuk sekiranya perasaan , keputusan atau lain-lain yang dilakukan olehnya tidak dihargai atau tidak diendahkan. Dalam hal percintaan pula, pasangan akan merajuk sekiranya mereka berasa cemburu, iri hati, sakit hati, atau lain-lain hal yang kadangkala remeh , yang dilakukan oleh pasangan mereka . Masalahnya sekarang adakah mereka ini benar-benar merajuk atau hanya satu lakonan semata-mata...... 

Sebenarnya orang yang merajuk memerlukan kasih sayang . Maksudnya disini adalah , mereka sengaja melarikan diri atau mengelak dari si dia yang mereka sayang dengan harapan mereka akan mendapat pujukan atau rayuan yang manis atau belaian kasih sayang dari si dia . Reaksi ini dibuat agar mereka dapat tahu bagaimana layanan atau kasih sayang sidia kepada mereka. Kalau si dia hanya buat kisah tak kisah , so memang confirm lar si dia memang hanya ingin memainkan perasaan mereka. Kadangkala, mereka ini sengaja nak uji tahap kejiwangan , keromantikan atau kelembutan si dia dalam memujuk. Tipulah kalau mereka merajuk tetapi menolak jika ingin dipujuk, sebabnya itu memang tidak dikategorikan sebagai merajuk tapi adalah membenci. Memang beza kalau nak bandingkan merajuk dengan membenci. 


So , merajuk boleh disama ertikan dengan memerlukan perhatian. Sometimes,kita lupa nak mengucapkan hapy birthday kepada si dia dan si dia merajuk . Perkara ini akan jadi sweet kalau kita pandai nak pujuk pasangan kita. Banyak lagi situasi yang kadang-kadang kecil tapi boleh membuatkan si dia merajuk, but jangan risau sebab dari situlah perkara yang sweet-sweet akan berlaku. When we love someone deeply , when it comes to irrelevant things also , it'll consider sweet. So,  let's move on ......... 

bagi ruang untuk mereka.......


1.Beri Ruang
Setelah seseorang itu merajuk, mereka memerlukan masa untuk bersendirian . Mereka ingin menenangkan hati dan perasaan mereka. Banyak pasangan yang apabila merajuk, akan mengguna alternatif seperti muzik yang slow, melihat pemandangan yang indah,  atau melakukan perkara yang mereka gemari untuk melupakan kesalahan si dia . Mereka memerlukan ruang ini untuk mereka berfikir adakah mereka akan memaafkan segera atau menunggu anda melakukan sesuatu yang akan mereka puas hati lalu memaafkan anda . Ruang ini penting , anda tidak boleh memaksa mereka yang sedang merajuk ini untuk memaafkan anda kerana perkara yang paling anda takutkan mungkin akan berlaku iaitu merajuk kepada membenci.



hai awak.......

2. Cuba Berkomunikasi 
Komunikasi amat penting untuk memulihkan keadaan seperti sedia kala . Komunikasi perlulah berjaya kerana satu-satunya cara untuk mereka menerima anda semula adalah komunikasi yang diluahkan secara ikhlas dan jujur oleh anda. Jadi anda perlulah memulakan komunikasi dengan bertanyakan khabar atau keadaan pasangan mereka yang sedang merajuk itu. Mungkin mereka akan menolak dengan kata-kata seperti " u kisah ape? i hidup ke mati ke" atau " x payahlah susah-susah nak tanya khabar, i hidup lagi" . ayat- ayat macam ini akan sampai kepada anda , oleh itu kesabaran itu penting. Ingat , komunikasi yang berjaya. Jika inginkan mereka berkomunikasi , anda perlu terus berusaha sehinggalah mereka memberi respon yang positif. 






3.Explain.
Selepas respon positif diberikan , cuba terangkan apa yang telah terjadi, perkara yang sebenarnya. Kebanyakan masalah adalah akibat salah faham diantara pasangan. Mereka kadang-kadang merajuk mungkin kerana hasutan orang lain, fitnah , atau apa yang mereka nampak dari luaran dan disalah tafsirkan. Anda haruslah menerangkan kepada mereka satu per satu apa yang telah terjadi, yakinkan mereka bahawa hanya merekalah yang anda sayangi. Selepas explaination , mereka mungkin akan menjadi lembut dan ingin berbincang . Mereka sebenarnya keliru dengan apa yang mereka anggap sebelum ini. Mungkin banyak persoalan yang akan mereka persoalkan, oleh itu anda perlu bersabar dan membalas pertanyaan mereka dengan lembut. Kekasaran atau kekerasan sama sekali tidak perlu . Ibarat ingin memadamkan api yang marak , janganlah digunakan api kerana pasti akan membakar diri sendiri, tapi gunalah air kerana itulah lawan api yang paling lembut.


sorryy yeerrr.......
 4. Hadiah.
Hadiah disini bukan merujuk kepada harta benda mahupun barang-barang yang mahal. Kadangkala , mereka yang merajuk dan ikhlas bercinta dengan anda tidak mengharapkan emas dan berlian.Anda boleh mengubat hati mereka yang merajuk dengan lagu, ucapan kata-kata atau mungkin hanya dengan menulis surat kepada mereka. Walaupun cara ini agak klasik but still ini romantik . Surat lagi romantik dari sms. Seriously . Buatkan mereka berasa bahagia dan gembira untuk melupakan perkara yang telah terjadi. Pernah anda terfikir untuk membawa sekumpulan kanak-kanak yang comel untuk berdiri bersama anda dan menyanyikan lagu kesukaan pasangan anda . Atau mungkin anda  ingin memakai seperti badut untuk membuat lawak di hadapan pasangan yang merajuk . Semuanya terpulang kepada anda asalkan ikhlas walaupun simple. 

accept me again please.......

 5. Peluang Kedua.
Setiap orang ada peluang kedua. Jangan menyangka kesalahan kita tiada peluang untuk dibaiki. Peluang kedua sentiasa ada jika kita berusaha dan ikhlas untuk mendapatkanya .So, rebutlah peluang yang ada , pintu hati mereka sebenarnya masih lagi terbuka untuk anda. Usahalah dengan gigih dan jangan sesekali give up jika anda betul-betul sayangkan mereka.




Pesanan juga kepada mereka yang merajuk, kesiankan juga kepada pasangan anda yang terus menerus memujuk anda . Jika pintu hati anda memang sudah tertutup kepada mereka, luahkan kepada mereka dengan lembut, jangan menyakitkan hati mereka dengan kasar kerana mungkin perkara yang tak diingini akan berlaku. Mungkin mereka amat menyayangi anda sehinggakan mereka tidak putus-putus memujuk anda. So' please bertimbang rasa sesama manusia. Perasaan sesama manusia haruslah dijaga. Jika perpisahan yang berlaku akhirnya , jangan jadikan sebagai alasan untuk saling membenci antara satu sama lain. Mungkin kesalahan si dia tidak seteruk mana sehinggakan perpisahan yang dipinta . Mungkin anda memang sudah tiada perasaan kepada mereka dan dengan alasan kesalahan kecil yang mereka lakukan , anda menghukum mereka dengan memutuskan hubungan. Kejujuran anda amat penting, jangan biarkan kesalahan kecil mereka membuatkan mereka berasa terlalu bersalah sehingga anda memutuskan hubungan  .Explain yang sebenarnya. Come on lar, semua orang ada perasaan ok.


Untuk ruangan kali ini , diharapkan semua orang dapat mengambil iktibar dan pengajaran yang tidak seberapa ini originally daripada cadet who . Sebenarnya ini adalah ikhlas dari cadet who kepada seorang rakan karibnya. GOODLUCK BRO. 

P/S: first time aku gune bnyak ayat skema n jiwang dowww........... hehehe











.




4 comments:

  1. Haikal, aku rasa nak menangis membaca. Terharu ;(

    ReplyDelete
  2. tu la, aku belum pernah terbaca eksplenesyen detail pasal merajuk

    ReplyDelete
  3. thanks.... Ini yang aku fikir sahaja. Mybe banyak lagi kot..... hee ^_^ .

    ReplyDelete