NOW BOARDING

Monday, April 7, 2014

Mentality : another reason to be happy

Lepas ini, hidup kamu akan jadi happy... Zamzam alakazammmm 


Kann... 


Jangan jadi orang2 yang rugi ya... 


Ramai yang suka pura-pura konon bahagia... Tapi dalam hati, luka berdarah. 
Luahkan perasaan yang terpendam, kepadaNya dan dia. Byk perkara x selesai sebab ada yang x jujur dengan diri sendiri. 
Kumpul courage tu banyak2... Dah ready,  buat. 


Tak semua keputusan yang kita buat itu betul. Tak ada pilihan yang salah, andai itu yang ditakdirkan tuhan. Oleh itu, jangan salahkan diri sendiri, atau takdir kenapa anda pilih jalan tu, laluan yang luar biasa sukar, akan menuju ke destinasi yang luar biasa jaya. 


Kita ini manusia biasa, no way kita akan perfect ... Kita x boleh jadi perfect utk semua orang but at least kita boleh cuba jadi perfect untuk seseorang yang kita sayang... 😘


Selalu kita mencari-cari kebahagiaan, kegembiraan... Tapi kita xtahu kat mana. 
Kita boleh cari happiness dimana-mana, asalkan kita boleh biar diri kita untuk menjadi gembira. Jgn halang diri kita untuk happy. 


Ramai yang terlalu mengejar sesuatu dalam hidup seperti kerjaya, masa depab dan terlupa untuk mengejar sesuatu yang    Ada dalam diri. Kita lupa untuk beri diri kita kasih sayang, dan rakus dalam mengejar dunia. Ramai manusia yang pentingkan kasih sayang tertindas akibat kerakusan ini. Jangan kita berjaya tapi menyebabkan orang lain derita, orang lain : keluarga, anak-anak, sahabat, masyarakat. 

Dan akhir sekali, jika kamu xubah apa2, tiada apa yang akan berubah. Mcm direct translate. Lol. Tapi, apa yang penting, kita tahu kelemahan kita, apa yang patut kita ubah, perkara yang patut kita buang, untuk kita terus bahagia. 

Lastly, 



Sunday, April 6, 2014

LOVEHUT : Dilema Relay

Untuk memberi harapan kepada seorang yang kita rasa sayang kepadanya amatlah sukar. Jangan bagi harapan andai diri belum bersedia, jangan berharap andai diri belum yakin. 


I nak try, tapi i x berani, i takut u kecewa. 
Antara ayat femes yang selalu berputar. 
Kita kena faham situasi kita, 
Kalau dgn bersamanya adalah untuk meninggalkannya, adalah lebih baik jangan bersama. Biar dia bahagia bersama orang lain. 

Mungkin nampak mcm cepat give up, but kita kena realistik kan. Kalau kita xmampu, jangan. 

Tapi ada juga situasi yang bila kita let go je si dia, kita yang mnyesal. Actually dalam perkara macam ni, biasanya bila dua2 dah mula kenal, rapat... So kalau nak pakai cara awal td, dont start. 

Dah start, xboleh berundur... Confession adalah yang terbaik. Ckp elok2 dan bgtau dia, yang kita akan terima walau apa pun keputusan dia. Part ni, kalau dia ok, cun lah. Tp kalau kena reject, at least terhormat kan, dia pun akan acknowledge effort kita. 

Situasi paling x best, bila kita suka dia, tapi dalam masa yang sama, kita ada choice lain juga. Kita x yakin yang dia tu tulang rusuk kita. Maknanya kat sini, kamu belum bersedia kawan, sbb kamu ragu2 lagi. Kalau dah ready nak disatukan, kamu xkan fikir panjang. Siyes.

Hey, jangan nak dilema sangat. Ada satu cara yang terbaik ni iaitu "friendship". Why cant a man and a woman be just friends. persahabatan n perhubungan ni lain, majoriti yang bersahabat, walau lama mana x jumpa pun, still kawan. But if once jd ex, awkward gile bila keluar sama2 lagi kan... 


So, xsalah kalau kita ajak kawan dulu. Kenal dia, and no komitmen . Jgan risau, boleh jadi " baby, i'm in love with my bestfriend" ... Lucky. 

Apalah guna hidup, andai hidup hanya bersedih. 



Merenung jendela bas

Selalu bagi student yang terpaksa berhijrah jauh semata-mata utk mengejar masa depan, tinggalkan halaman dan menaiki bas ke tempat yang ingin dituju.

Selalunya, kita dapat lihat, seorang anak dan keluarganya berpeluk cium sebelum naik bas, time tu perasaan malu atau apa yang seangkatan dgn nya dah x peduli lagi, yang utama keluarga. Berat mata memandang, berat lagi hati meninggalkan ... 

Bergolek nya tayar bas, bermakna bermula lah azam atau matlamat setiap seorang yang berada dalam bas , ada yang terus tidur, berborak jika ada rakan, but mostly akan merenung ke luar tingkap, memikirkan sesuatu yang sukar, kerana bas yang sentiasa bergerak itu buat kita rasa, kesukaran itu telah berada jauh dibelakang, dan kita tinggalkannya di sepanjang perjalanan. 

Ada yang naik public transport just sbb nak tgok gelagat manusia, ada yang mencari ilham, ada yang ingin melarikan diri drpd tempat atau orang. Semua ada cerita masing2. 

Kadang kita terfikir, andai kita x berjaya sampai ke destinasi, apa yang akan terjadi, reaksi keluarga kita. 

Tapi itu semua hanyalah lamunan2 yang berpusu masuk ketika kita dalam perjalanan. 

Ingat, kita boleh renung masalah kita, kita boleh tinggalkannya di belakang, tp kalau kita x selesaikan, setiap kali kita lalu, ia akan tetap sukar.