NOW BOARDING

Saturday, May 24, 2014

Perempuan Akan Tetap menjadi Perempuan






Tidakkah kita bertanya kenapa perempuan begitu?
Untuk lelaki, sesama kawan, umum? 

Perlukan perhatian, maknanya mengharapkan sesuatu. 
Kasih sayang? Kebahagian bersama? Daripada seorang lelaki? 

Perlukan pujian, maknanya ingin menonjol. 
Hormat? Kekekalan persahabatan? 
Daripada sesama kawan?

Perlukan populariti, maknanya ingin terkenal. 
Duit? Pengikut? Percakapan orang?
Daripada umum? 

Andai untuk lelaki yang diharapkan, cukuplah untuk membuat hati si dia tersenyum melihatmu. Mungkin hati si dia sama sepertimu. 
Tapi, bukan bermakna untuk menunjukkan batasan mu, bukan menyerahkan hak mu. Untuk lelaki. 

Andai untuk sesama kawan yang sentiasa bersama, cukuplah untuk membuat mereka senang dengan penampilan mu, gembira bersama mu. Tapi, tidak bermakna untuk menjadi orang lain untuk berkawan, jadilah dirimu yang sebenar. Untuk kawan. 

Andai untuk umum yang sentiasa memerhatikan mu serta menunggu masa untuk memuji dan mengkritik mu, cukuplah untuk membuat mereka hormat dengan kelebihan mu, jadikan dirimu sebagai panduan. 
Tapi, tidak bermakna untuk menjadikan umum sebagai platform untuk kamu menjual dirimu di merata tempat. Untuk umum. 

Perempuan akan tetap menjadi perempuan. Tetapi perempuan yang bagaimana? 
Yang terbaik untuk siapa? 
Yang dicintai siapa? 
Yang mencintai siapa? 
Yang menjadi tulang rusuk kepada siapa? 
Yang memerlukan syurga daripada siapa? 
Yang telapaknya menjadi syurga kepada siapa? 

Jadilah perempuan seperti hati mu, bukan akal mu. 
Kerana hati mu adalah dirimu.