NOW BOARDING

Friday, July 3, 2015

#RoadToConvo


Bismillahirrahmanirrahim, 

Salam Ramadhan 1436h. Sempena bulan yg penuh barakah ini, cuba grab sebanyak mana ibadah sunat dan jangan tinggal yang wajib. Mungkin ini ramadhan terakhir kita, jadi jangan sia siakan setiap waktu yg Allah hidupkan kita atas muka bumi ini. Entri kali ini bukanlah pasal ramadhan, tp dah alang2 bulan ramadhan ni, xsalah gunakan medium ni sebagai cara nak saling mengingati. Setakat ni, alhamdulillah. Solat fardhu masih penuh lagi saf dalam masjid tu terutamanya subuh, cuma time terawih lepas 8rakaat tinggal separuh. Kuatkan semangat sahabat. 

Entri kali ini khusus buat sahabat-sahabat yang dah boleh guna hashtag #roadtoconvo atau some of you yang guna #unofficiallygraduate . Sory ayat agak skema sebab masih terbawa2 perangai thesis.  
Mesti dalam fikiran masing2 dah berserabut atau selalu termenung panjang sebab memikirkan pasal arah tuju lepas ni. Semua orang akan ada impian masa depan dia sendiri, semua nak yang terbaik untuk diri sendiri dan orang tersayang. Memang dah lumrah manusia nak yang baik, tapi kita tau ke tak apa yang baik untuk kita? Hakikatnya kita tak tahu. 

2:216 dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Jadi macam mana kita nak yang terbaik, kalau kita tak tahu. Entri kali ni akan cuba sedaya upaya selagi mampu untuk terangkan apa yang patut korang tahu. Mula- mula kita pecah kepada empat topik okay, 1) agama 2) pekerjaan   3) keluarga 4) kahwin
Kita ikut urutan, jangan nak skip terus no 4 okay. 

Agama

Sering kali kita ni sebenarnya lalai, kita x perasan tapi hakikatnya kita manusia biasa, memang kadang2 xkuad. Hidup kita di dunia ni sebenarnya kita bergantung pada siapa, berharap pada apa, bertawakal dengan apa? 

Kita kalau nak bahagia nak rasa disayangi, adakah kita bergantung pada manusia yang kita sayang, manusia xkekal. Kalau nak rasa senang, hidup aman, dan xnak susah payah, bergantung pada duit? Duit pun xkekal. Dunia ni pun xkekal, yang kekal hanya Allah. Yang kekal tu Allah, yang bagi bahagia tu Allah, yang bg rezeki dan rahmat tu Allah. Jadi, dah boleh start tukar mindset kita yang kadang2 berharap pada sesuatu selain Dia. Dalam buku yasmin mogahed, chapter awal dia dah tanya, why do people have to leave each other. Next dia tanya lagi, if people leave, do they returns... persoalan-persoalan ni dia terangkan yang sekarang ni kita bergantung lebih kepada manusia. Renungkanlah.

Ramai yang selalu mengadu, dia masa kecil tak didedahkan sangat dengan agama, dia x masuk maahad, x belajar ilmu agama tinggi, hanya spm je. Hakikatnya, kita ni sama je, yang lain bila kita usaha untuk dapatkan sesuatu ilmu tu. tiada istilah terlambat dalam mencari ilmu ni, lebih-lebih lagi ilmu agama. amboi islamik sungguh entri kali ni. Yang penting hati kena ikhlas, bukan kerana orang lain atau terpaksa. Lepas apa yang kita buat tu kita ikhlas, InshaAllah, Dia akan tolong kita apa yang kita nak tahu. 

Jadi lepas convo nanti ada sahabat yang nak keluar 4bulan, ada yang baru nak cuba hafal surah2 Al Quran, ada yang mungkin lupa diri sebab dah berjaya xingat siapa yang bagi berjaya. hati-hati gais, kalau Dia nak uji, sekelip mata apa yang kita ada bole Hilang. kita2 sekali pun boleh. 



PEKERJAAN 

Ni yang paling common bila dah graduate. CARI KERJA. Walaupun ada yang dah tahu dia akan kerja apa, u know what i mean kan. Terpulang kat diri masing2 nak cari kerja apa, sebab bukan semua orang minat dengan apa yang dia belajar, mcm ada orang lagi minat untuk berniaga, lebih2 lagi darah keluarga memang berniaga, ehem. Yang penting tujuan bekerja tu kita tahu, halal haram tu kita dapat bezakan.

Tujuan kerja untuk kaya ke ? atau untuk memakmurkan bumi. Rezeki itu milik Allah, ketentuan Dia. Kalau ditakdirkan kekayaan kita tahap tu, bersyukurlah. 

soalan: bila nak kaya kalau asyik bersyukur, xnak lebih lagi.

jawapan:

14:7 Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
Kalau kita nak lebih, bersyukurlah dengan apa yang ada walaupun kecil. Kalau hari ini kita makan nasi goreng, berdoalah, Ya Allah, andai aku dapat makan nasi ayam esok, nescaya aku akan lebih bersyukur kepada mu. perumpamaannya lebih kurang macam tulah. Rumah tak besar, kereta murah, pakaian x mahal, harta tak banyak, jangan risau dengan bersyukur, insyaAllah. Kena yakin. 

Pilihlah pekerjaan apa yang kita rasa terbaik utk kita, yang membuat kita agar lebih bersyukur kepada Allah. Nak dapat nikmat Allah ni ada tiga cara, Doa-Usaha-Syukur. Buat sungguh-sugguh k.

makin islamik nampaknya huhuhu



KELUARGA

Saat kita berjalan naik atas pentas untuk menerima scroll tu, ketahuilah yang ibu bapa kita yang tengok kat bawah tulah orang yang paling gembira saat tu. walaupun xpernah melalui lagi saat tu, tp itu pasti. Xde parents yang xnak tengok anak dia berjaya, semua dah susah payah sbb nak tengok anak dia berjaya. mungkin kita jenis yang takpandai, bukan semua orang dapat dean list setiap sem, tapi cubalah semampu boleh utk tunjukkan kita appreciate segala pengorbanan ibu bapa kita. *nak tengok sekali lagi abah nangis sebab Happy sgt*

Family first tu penting, jangan sibuk nak meraikan kawan-kawan yang lain time kita berjaya. Raikan family dulu, member2 nanti lah *flower(pillow) fight* 

Lepas dah bekerjaya, janganlah lupa. Bukan semua orang mampu berbakti kepada family, kalau yang mampu tu berbaktilah sehabis boleh. Ada yang spesis sama ni hanya mampu hantar belanja setiap bulan, tanya khabar, doa. Kawan2 sepisis pun ada juga ckp pasal ni. tapi nak buat macam mana, bukan cuti lama, cuti yang sekejap tu je boleh nak sibuk2 kan diri kat dapur kacau(tolong) masak.

4:36 dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;



KAHWIN

Senyum-senyum apa. haaa. Dalam bab ini, kita akan pergi dengan lebih detail sikit. Bagi seorang lelaki, dunia hari ini sangat mencabar. Tidak mudah untuk menjaga mata, menundukkan pandangan, nak jaga adap bila bercakap dengan bukan mahram, dan banyak lagi situasi setiap hari yang boleh membawa kepada maksiat. Di alam pekerjaan nanti, lagi mencabar. Sebenarnya dengan kahwin dapatlah kita jauhkan diri kita daripada banyak perkara yang bad bad one. 

Satu benda yang kita kena ubah sebelum nak teruskan bincang bab ni adalah mentaliti kita yang bila masuk bab untuk kahwin, terus xnak fikir, terus bagi alasan x kaya lagi, muda lagi. Benar, Jodoh Ajal ketentuan Allah, tapi sebagai manusia kena ada doa, usaha, ikhtiar, dan tawakal. 

“Wahai orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) dapat mengawal mata dan kemaluan. Barang siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya.” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mampu bagi typical malay sekarang adalah hantaran 20k, wedding grand, rumah besar, kereta besar. :'(

Ada nampak seorang sahabat, lepas terawih nampak dia kat cafe, tanya member lain, tu isteri dia ke, yup. MasyaAllah, jealous nya tengok. dia belikan makanan untuk sahur rasanya, isteri dia dah pregnant, duduk je kat kerusi, dia isi lauk tunjuk kat isteri dia, ulang alik. :') belajar lagi... entah2 amik scroll nti baby ikut sekali dalam kandungan. 

Ramai yang risau soal rezeki bila dah berkahwin. Mungkin kita xsedar yang islam cakap nak tambah rezeki, or murah rezeki, kahwin. 

24:32 Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

Yakinlah dengan firmanNya.


Mungkin masalahnya adalah, ada ke orang yang nak dengan orang yang xde apa2, kerja yang biasa-biasa, belum berjaya(bukan tidak berjaya, sbb kita xtahu bila kejayaan tu akan kita dapat). Kebanyakkan yang berlaku, (jika salah tolong komen betulkan) ramai yang dah berjaya, kahwin. tapi bila berlaku masalah seperti ekonomi rumahtangga, suami isteri bergaduh, dan akhirnya berpisah. Mungkin juga akibat berlakunya curang kepada pasangan, masalahnya kita kahwin dgn orang yang dah senang, kita xtahu siapa yang support dia time dia susah dulu.


Susah senang bersama. Maksudnya bukanlah kena cari yang susah je, but bila dah jumpa orang yang ikhlas untuk bersama, tidak perlulah ukur dengan kekayaan nya masa tu, atau apa yang dia ada masa tu, ukurlah dengan peribadi, keimanan, dan ketaatan dia. Yang penting bahagia dunia akhirat. Kalau rasa dah jumpa, jangan tunggu lama-lama. Taknak couple 6 tahun 6minggu cerai. Allah dah janji kan awak.



Doa kan Senjata:


Ya Allah, satukanlah hati2 kami, satukanlah hatiku dan hati isteriku dalam cahaya kasih sayang mu ya Allah. Tunjukkanlah kami jalan menuju keselamatan, dan selamatkanlah kami dari kegelapan menuju jalan cahaya mu. Ya Allah, kuatkanlah ikatan cinta kami berdua, jadikanlah kami keluarga yang sakinah, mawaddah, dan warrahmah. Kuatkan kami dalam menghadapi segala dugaan yang zahir atau yg batil. Ya Allah, jagalah iman islam dan keikhlasan hati kami dalam beribadah kepadaMu. 





Agak panjang untuk entri kali ini, nak buat macam mana, rasa macam buat thesis. :)
Apapun, selamat maju jaya dan tahniah kepada semua pengguna hashtag #RoadToConvo pada tahun ni. InshaaAllah jika diizinkan, dan ada rezeki, ijazah tu milik kita.


p/s: lain kali peminat jangan suruh update, dah update kena baca sampai habis.


*kalau ada part agama atau apa yang salah atau bercanggah, mohon ditegur, sbb yang menulis hanyalah insan yang belajar melalui kuliah2, tazkirah zohor magrib, bukan kelulusan agama. Kalau memudaratkan, dengan senang hati akan didelete entri ini :)*


No comments:

Post a Comment